Thursday, 16 May 2013

SELAMAT HARI GURU

Assalamu'alaikum semua pembaca...

Hari ini: 16 Mei..

16 Mei = Hari Guru...

Di kesempatan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia.
Selamat Hari Guru kepada semua pensyarah-pensyarah UPSI..
Selamat Hari Guru buat guru-guru yang pernah mendidik saya di sekolah..
Selamat Hari Guru buat rakan-rakan sejawat..
dan Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar 'guru' atas nama, mahupun 'guru' atas jasa... 
Mungkin anda bukan seorang berjawatan 'guru', tetapi anda pernah menunjukcara atau mengajar rakan-rakan, anak-anak, adik-adik.. 
Ya.. anda juga seorang guru!
Selamat Hari Guru! 

Sempena Hari Guru ini, saya ingin dedikasikan lagu ini kepada semua warga pendidik:

sepatah dua kata dari saya:

Mak cakap cikgu macam MAGGI,
Makanan rutin di waktu susah..
Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,
Garang dan menakutkan..
Atuk cakap cikgu macam ASTRO,
Macam-macam ada..
Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,
Kerana dirimu begitu berharga..
 

SELAMAT HARI GURU.


...sharing is caring ^_^...

Saturday, 27 April 2013

Jom Layan..

Assalamu'alaikum semua pembaca...

Hari ini, saya nak share video yang telah disediakan oleh ahli kumpulan saya 
dalam subjek ini.
Kami diminta menyiapkan video-video ini menggunakan 
semua perisian yang telah dipelajari dalam subjek ini.
Kami telah memilih 4 konsep dalam Bab 2 Tingkatan 4: 
The Structure of Atom.
Harap sama-sama peroleh manfaat.
Anda boleh klik pada konsep-konsep di bawah untuk menonton video
yang telah dihasilkan oleh ahli kumpulan saya.


...sharing is caring ^_^...

Refleksi Minggu 10

Assalamu'alaikum semua pengunjung blog yang tak seberapa ni..

Hari ini merupakan minggu ke-10 sesi kuliah.
Pada kali ini, peer teaching masih diteruskan dengan group akhir pembentangan.
Pada hari ini kami belajar mengenai Microsoft Excel.
 Banyak yang kumpulan akhir ini bentangkan mengenai penggunaan Microsoft Excel.
Penggunaan Microsoft Excel ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban para guru seperti saya, terutama untuk asingkan pelajar mengikut kumpulan, mahupun dalam penyediaan headcount.
Guru-guru tidak perlu pening lagi dengan adanya formula-formula tertentu dalam Microsoft Excel ini.


...sharing is caring ^_^...

Saturday, 20 April 2013

Refleksi Minggu 9

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat sekalian..

Minggu ini merupakan minggu ke-9 sesi kuliah semester 2 2012/13..
Minggu ini kuliah dibatalkan atas permintaan kami..
Namun begitu, ada tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar pada minggu hadapan...


...sharing is caring ^_^...

Wednesday, 17 April 2013

Aktiviti I: Taman Kimia

Assalamu'alaikum semua pengunjung blog :)

Di sini, saya ingin berkongsi mengenai "Taman Kimia".
Taman Kimia ini boleh diaplikasikan semasa Minggu Sains di sekolah, 
ataupun bila-bila cikgu rasakan perlu..
Mungkin untuk redakan tekanan pelajar nak menghadapi peperiksaan..
Jom, kita hasilkan Taman Kimia..

(Gambar dan cara-cara di bawah adalah gambar dan cara yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar saya)



 


Cara-caranya:
1.Bancuhkan sodium silicate dengan air dengan nisbah 1:4. 
2. Kacau sampai larut
3. Masukkan serbuk2 bahan kimia yang berwarna.. 
Contoh: yang biru tu copper nitrate, yang putih tu magnesium nitrate, yang brown tu iron nitrate... 
p/s: kalau ada mangan, nickel, lg cantik.. pink dan green...


...sharing is caring ^_^...

Video 2: Periodic Table (Noble Gas)

Assalamu'alaikum semua pengunjung..

Di sini saya ingin kongsikan video yang selalu saya gunakan untuk bahan tambahan untuk Group 18 Periodic Table.
Biasanya pelajar boleh menghafal semua elemen dengan baik selepas melihat video ini.

 


...sharing is caring ^_^...

Video I : Periodic Table

Kepada rakan-rakan guru yang mengajar Tingkatan 4, di sini saya ingin kongsikan video yang diperoleh daripada youtube.
Video ini sesuai digunakan semasa set induksi untuk Chapter 4: Periodic Table.

 
 


...sharing is caring ^_^...

Kreatif Kimia Siri II

Here I am on a lab
Missing a thing called love
A Bunsen burner was how they call
This thing called me is where I fall
...They often said I’m benzene
They often call me sweet
They’ve better call me dangerous
For danger when touched by heat
Aromatic hydrocarbon
In which I use to abandon
This thing made me amaze
And the way that I just gaze
I really enjoy this phenomenon
to occurrence of Brownian motion
I think that I shall give a notion
That this maybe was a potion
I just reported in chemistry
In which I did it foolishly
My teacher asked me a little thing
Of what collision would really mean
I Think of what maybe was collision
And answer it’s a kind or sort of such attraction
My teacher said no, don’t bother
For collision means
Its just an attraction…
For me its just a very big question
For he just repeated my very own notion
Now I think my grade’s on subtraction
For the thing they’ve thought of my destruction
I read an article from a computer
In which I think it is called structure
Gas, liquid, solid, and isomer
Different formula of molecular structure
It can be crystal, water or vapor
But all I know is that it’s a state, just rather.
For I may forget and think of it later
Cause its too hard for me to memorize
I think that I will just be crystallized
Or maybe here to be petrified
Instead for my brain to be purified
In case that I will die with heart failure
On the front I might have just consider
That hell must be frozen
For as the mass increase
And As the souls compress
This so called hell expands
And as it was stated to boyle’s law
That temperature and pressure remains
Therefore I am not what hell contains
For if hell froze
Then I must’ve pose
For I must’ve enter not hell….


sumber: klik sini


...sharing is caring ^_^...

Kreatif Kimia Siri I

 
sumber : klik sini


...sharing is caring ^_^...

Senyuman Kimia II

The optimist sees the glass half full.
The pessimist sees the glass half empty.
The chemist see the glass completely full, half in the liquid state and half in the vapor state. 
 ****************
 Q: What did one titration say to the other?
A: "Let's meet at the endpoint." 
****************
Q: Did you hear oxygen went on a date with potassium?
A: It went OK. 
****************
Q: What did the scientist say when he found 2 isotopes of helium?
A: HeHe 
*****************
Q: What did the bartender say when oxygen, hydrogen, sulfur, sodium, and phosphorous walked into his bar?
A: OH SNaP!  
*****************
Q: What is the name of 007's Eskimo cousin?
A: Polar Bond. 



...sharing is caring ^_^...

Senyuman Kimia

Di bawah disertakan beberapa lukisan animasi untuk tatapan pengunjung blog..
Jom kita sama-sama tersenyum dengan animasi-animasi ini..
Siapa kata Kimia membosankan?
Kimia juga mampu membuatkan kita tersenyum :)
 


...sharing is caring ^_^...

Rehat Minda

  • Did you know... fresh egg will sink in fresh water. A stale egg will float.
  • Did you know... sound travels 4.3 times faster in water than in air. Of course, it doesn't travel through a vacuum at all.
  • Did you know... about 78% of the average human brain consists of water.
  • Did you know... the hardest chemical in your body is your tooth enamel.
  • Did you know... the ethylene gas produced by a ripening apple ripens other apples as well as many other types of produce.
  • Did you know... water expands about 9% when it freezes into ice.
  • Did you know... Mars is red because its surface contains a lot of iron oxide or rust.
  • Did you know... it's possible for hot water to freeze more quickly than cold water.
  • Did you know... liquid oxygen is blue.
  • Did you know... fish scales are a common lipstick ingredient.
  • Did you know... lemons contain more sugar than strawberries, for the same mass.
  • Did you know... some lipstick contains lead acetate or sugar of lead. This toxic lead compound makes the lipstick taste sweet.
 more: Did You Know


...sharing is caring ^_^...

Saturday, 13 April 2013

Refleksi Minggu 8

Assalamu'alaikum semua pembaca..

Bertemu kembali setelah seminggu. 
Pada minggu ini, terdapat 2 pembentangan kumpulan lagi, 
iaitu pembentangan:
1. Prezi
2. Advanced Powerpoint

Perisian Prezi amat menarik, boleh digunakan untuk persembahan slide seperti powerpoint. 
Cuma, agak menyedihkan kerana perisian Prezi ini bukan perisian yang dapat dimuat turun secara percuma.
Untuk mendapatkan Prezi 'full version', pengguna perlu mendaftar dan membayar sejumlah wang.
Pada minggu ini, kami telah menggunakan Prezi 'trial version' yang akan luput setelah 30 hari. 
Namun begitu, saya amat puas hati kerana perisian Prezi ini amat menarik.
 https://prezi-a.akamaihd.net/assets/common/img/prezidesktop-pc-mac.png?1

Untuk pembentangan Advanced Powerpoint, kumpulan saya bertindak sebagai pembentang. Diakui,masih banyak kekurangan kami dalam melaksanakan tugasan tadi. 
Memandangkan kami memilih untuk meneroka mengenai VBA dalam powerpoint, jadi kami terpaksa bermain dengan pelbagai coding.
Apapun, terima kasih kepada rakan-rakan pendengar yang sudi mendengar tutorial daripada kami..
http://blogs-images.forbes.com/johngreathouse/files/2012/09/PowerPoint-and-Keynote-9_12.png


...sharing is caring ^_^...

Saturday, 30 March 2013

Refleksi Minggu 7

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua...

Pada minggu ke 7 ini, kami telah belajar menggunakan perisian 
i) Windows Movie Maker
ii) Microsoft OneNote

Penggunaan Windows Movie Maker bukanlah perkara asing bagi saya kerana saya telah biasa menggunakan perisian ini.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIOTzgstXKZ8DB9aLeRupVt63gs0HOSWC0X7Yt5o9iyDAQy-P3g8W78cvvXJ9Vg69xM50vbxYLjFyPm2H3UZbWHb5q0ITeXiOy6r0TFnrgtTlkRmLn5gEzHCnNq-I4trDg4kjxEP2EfC0/s1600/moviemaker00.jpg
Perisian ini dapat membantu pengguna menghasilkan video yang cantik sesuai dengan kreativiti pengguna tersebut.
Pelbagai gambar dan video sedia ada boleh digabung menggunakan Windows Movie Maker. 
Selain itu, pengguna juga boleh memasukkan perkataan-perkataan untuk ditambah ke dalam video.
http://education.kqed.org/edspace/files/2012/07/Windows-Movie-Maker.jpg 

Untuk perisian OneNote pula, sebenarnya, terdapat pelbagai kebaikan dalam penggunaan Microsoft OneNote, di mana, pengguna boleh menghasilkan nota dengan lebih rasa bebas.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYNJL2Mg7AQ3YOlZnv0Uey4sC-MZjAIm2Fc5QMMaMWKJzr_HnOpJEy9jGjbDZYnGxxLS0GDE_tlmU6x-SGHc3m2J7ZC_A85KG6ocFN01EKahenN8kABi9qyvqlpn5obi5xPSGvLqs6x64/s1600/Microsoft+OneNote.png
OneNote dapat membantu para guru menghasilkan nota yang menarik, seperti peta minda, peta konsep dan sebagainya.
Nota yang dihasilkan menggunakan Microsoft OneNote boleh disimpan dalam format pdf, dan dicetak untuk kegunaan.
Pada pendapat saya, penggunaan Microsoft OneNote ini memang sangat menarik kerana saya tidak pernah menggunakan perisian ini.
Akan tetapi, masalah yang saya hadapi semasa mempelajari perisian ini adalah laptop saya tidak mengandungi perisian OneNote, dan saya tidak dapat meng'install' perisian ini daripada CD yang disediakan oleh kumpulan pembentang..


http://www.ecoustics.com/electronics/products/new/451794.gif
Antara contoh nota yang dihasilkan menggunakan Microsoft OneNote.. 
(sumber: encik Google)

Apapun, pembentangan pada hari ini memang sangat menarik...
 
 


...sharing is caring ^_^...

Refleksi Minggu 6

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Hari ini merupakan minggu ke enam pengajian pada sem ini.
dalam kelas hari ini, terdapat 2 pembentangan kumpulan iaitu: 
i) Microsoft Publisher
ii) ChemSketch

Untuk pembentangan pertama, kumpulan 3 telah berkongsi cara menggunakan Microsoft Publisher untuk membuat pelbagai jenis design, sama ada pamplet, brochure, ataupun kalendar.
Perisian ini sangat menarik kerana dapat membantu memudahkan kerja terutamanya guru yang sering dipertanggungjawabkan untuk membuat buku program. 
Pelbagai template boleh dipilih dan dengan kreativiti sendiri, pastinya akan terhasil brochure ataupun pamplet yang cantik.
Berikut merupakan brochure yang saya hasilkan semasa dalam kelas pada hari ini.
Temanya ialah: Promote blog sendiri (Blog saya best!)


Untuk pembentangan kedua, kami telah belajar untuk menggunakan perisian Chemsketch..
Pada pendapat saya, ChemSketch sangat berguna kepada guru-guru Kimia kerana dapat membantu guru-guru melukis struktur pelbagai jenis sebatian, dapat membantu guru menyediakan lab manual dan pelbagai lagi.
Masa sebenarnya tidak mencukupi sekiranya ingin meneroka Chemsketch dengan lebih mendalam. Sedangkan, saya yakin, masih banyak fungsi Chemsketch yang boleh digunakan.
Antara kegunaan Chemsketch:
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhS9UpVI0YAGdmeclSZoY_o_HfXIYlFjdnSwfxq4bJiWJZJzHchR90161iWEwnc3jj-wuknQwJdhTJTfbKjZpiKTPuz_ZYgFEhhUNbdHYR39OZ67gsgjej2-ylMTPkvane5JNQUt_6I1qnP/s1600/chemsketch2.jpeg 
 Boleh melukis alat radas dengan mudah..

http://en.bio-soft.net/chemdraw/chemsketch.gif 
Mudah untuk melukis struktur elemen..


...sharing is caring ^_^...

Saturday, 23 March 2013

Refleksi Minggu 5

Assalamu'alaikum semua pembaca...
 
Pada minggu ini, kami belajar menggunakan Picasa.. 
Selama ini, saya cuma biasa gunakan PhotoScape untuk mengedit gambar, nampaknya sekarang, saya dah belajar perkara baru. 
Saya juga boleh gunakan Picasa untuk mengedit gambar.. 
Mudah, senang, dan cepat :) 
Cuma, pada pendapat saya, sekiranya Picasa ini dapat diajar dengan lebih mendalam, tentu akan lebih menarik.. Mungkin masa mencemburui untuk Kumpulan 2 mengajar kami mengedit gambar dengan lebih mendalam. 
 Di bawah merupakan gambar yang saya edit menggunakan Picasa...

 Terima kasih kepada ahli Kumpulan 2 yang telah memberi tutorial penggunaan Picasa..


...sharing is caring ^_^...

Saturday, 16 March 2013

Refleksi Minggu 4

Assalamu'alaikum semua pembaca...
Cap icon
Hari ni saya belajar blog lagi. Minggu lepas, ilmu blog tidak sempat diperturunkan sepenuhnya. Maka, minggu ini kami sambung belajar siapkan blog dengan menambah widget-widget untuk mencantikkan blog dan menambah fungsi blog. 
Hasilnya, dapatlah blog berwajah sekarang. Widget-widget yang terdapat di side bar itu adalah hasil daripada pelajaran hari ini. Terima kasih sekali lagi kepada group 1 kerana banyak bersabar melayan karenah kami...


...sharing is caring ^_^...

Saturday, 9 March 2013

Refleksi Minggu 3

Assalamualaikum semua pembaca :)

Hari ini merupakan minggu ketiga pembelajaran, dan minggu ketiga saya dalam makmal komputer mempelajari subjek 
Technology and Innovation in Teaching and Learning Chemistry.

Pada hari ini, kumpulan pertama telah membentangkan hasil tugasan mereka iaitu mengadakan sesi tutorial untuk menghasilkan blog.

Memandangkan sebelum ini saya telah mempunyai blog peribadi, jadi tidak sukar untuk saya menghasilkan blog yang sedang anda baca ini.

Walaubagaimanapun, fungsi dropdown menu yang ada di atas adalah pertama kali saya gunakan dalam blog. 
Terdapat pelbagai soalan daripada rakan-rakan kepada ahli Kumpulan 1, jadi, pembentangan mereka terpaksa disambung pada minggu hadapan.

Pada pendapat saya, ahli Kumpulan 1 benar-benar penyabar melayan karenah rakan-rakan yang mempunyai pelbagai kemusykilan untuk menghasilkan blog. 

Apapun, terima kasih kepada ahli Kumpulan 1 atas perkongsian anda semua...


...sharing is caring ^_^...

Saturday, 2 March 2013

Refleksi Minggu 2




Assalamu'alaikum semua :)

Hari ini merupakan minggu kedua dalam kelas ini.
Pensyarah untuk subjek ini, Cik Asmayati bt Yahaya telah memberi dan menerangkan tugasan yang akan kami jalankan sepanjang semester ini..
Apa yang menariknya ialah, tiada final exam untuk subjek ini (yahooo... alhamdulillah),
yang menggetirkan pula ialah 6 tugasan a.k.a assignment yang diberikan semuanya mencabar belaka. 
Kami diminta menghasilkan:
  • e-portfolio (blog ini)
  • satu esei mengenai "School in the Cloud" 
  • online-forum
  • online learning resources
  • simulation/modelling 
  • learning resources

Mantapkan assignment kami? Mudah-mudahan semuanya akan berjalan lancar.

Selain itu, pada hari ini juga, Cik Asmayati telah menunjukkan contoh-contoh video yang dihasilkan oleh ramai pengguna internet dan telah dikongsi di Khan Academy. Agak menarik juga, kerana pelbagai video yang terdapat di Khan Academy dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Cuma, pada pendapat saya, untuk menggunakan video dari Khan Academy di dalam kelas, kemudahan komputer dan internet seharusnya dalam keadaan yang baik. Jika tidak, proses pengajaran dan pembelajaran akan mudah terganggu.


...sharing is caring ^_^...

Refleksi Minggu I

Assalamu'alaikum...

Pada 23 Februari yang lalu merupakan hari pertama saya berkenalan dengan subjek Teknologi dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kimia. 
Hari pertama juga untuk saya:
  • Memulakan kuliah untuk Semester 1 Program Sarjana Pendidikan Kimia
  • Berkenalan dengan pensyarah subjek ini, Cik Asmayati binti Yahaya
  • Berkenalan dengan rakan-rakan sekuliah..
Dalam kelas pertama ini, saya dan rakan-rakan telah diberi pendedahan dengan banyak perkara. Antaranya ialah
  • Penggunaan Google Drive
    • Secara jujurnya, saya memang tidak pernah  mengetahui kebaikan Google Drive (tak ambil tahu sebenarnya).. Rupa-rupanya terlalu banyak kelebihan Google drive ini, di mana kita boleh simpan pelbagai dokumen.. (say no to pendrive.. habislah lingkup bisnes pendrive lepas ni) dan kita boleh kongsi semua dokumen tu dengan rakan-rakan kita. (Canggih kan...) Nasib baik saya memang ada Google Account, jadi lebih memudahkan saya untuk mencipta akaun untuk Google Drive ini..dan yang paling saya rasa kagum tentang google drive ni, dia dapat bantu kita untuk sediakan borang dengan mudahnya. Tak sangka betul (Teringat zaman degree dulu, terkial-kial saya nak siapkan survey guna Microsoft Word je.. ohh ketinggalan nya saya)
  • Penggunaan forum di MyGuru
    • Pada hari tersebut juga, Cik Asmayati telah meminta kami membentuk kumpulan , terdiri daripada 4 orang pelajar untuk setiap kumpulan. Setiap kumpulan diminta menyediakan isu untuk dibincangkan di dalam forum. Menurut Cik Asmayati, penglibatan di dalam forum turut akan diberikan markah dan masuk dalam assignment kami.


...sharing is caring ^_^...