Saturday, 30 March 2013

Refleksi Minggu 7

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua...

Pada minggu ke 7 ini, kami telah belajar menggunakan perisian 
i) Windows Movie Maker
ii) Microsoft OneNote

Penggunaan Windows Movie Maker bukanlah perkara asing bagi saya kerana saya telah biasa menggunakan perisian ini.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIOTzgstXKZ8DB9aLeRupVt63gs0HOSWC0X7Yt5o9iyDAQy-P3g8W78cvvXJ9Vg69xM50vbxYLjFyPm2H3UZbWHb5q0ITeXiOy6r0TFnrgtTlkRmLn5gEzHCnNq-I4trDg4kjxEP2EfC0/s1600/moviemaker00.jpg
Perisian ini dapat membantu pengguna menghasilkan video yang cantik sesuai dengan kreativiti pengguna tersebut.
Pelbagai gambar dan video sedia ada boleh digabung menggunakan Windows Movie Maker. 
Selain itu, pengguna juga boleh memasukkan perkataan-perkataan untuk ditambah ke dalam video.
http://education.kqed.org/edspace/files/2012/07/Windows-Movie-Maker.jpg 

Untuk perisian OneNote pula, sebenarnya, terdapat pelbagai kebaikan dalam penggunaan Microsoft OneNote, di mana, pengguna boleh menghasilkan nota dengan lebih rasa bebas.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYNJL2Mg7AQ3YOlZnv0Uey4sC-MZjAIm2Fc5QMMaMWKJzr_HnOpJEy9jGjbDZYnGxxLS0GDE_tlmU6x-SGHc3m2J7ZC_A85KG6ocFN01EKahenN8kABi9qyvqlpn5obi5xPSGvLqs6x64/s1600/Microsoft+OneNote.png
OneNote dapat membantu para guru menghasilkan nota yang menarik, seperti peta minda, peta konsep dan sebagainya.
Nota yang dihasilkan menggunakan Microsoft OneNote boleh disimpan dalam format pdf, dan dicetak untuk kegunaan.
Pada pendapat saya, penggunaan Microsoft OneNote ini memang sangat menarik kerana saya tidak pernah menggunakan perisian ini.
Akan tetapi, masalah yang saya hadapi semasa mempelajari perisian ini adalah laptop saya tidak mengandungi perisian OneNote, dan saya tidak dapat meng'install' perisian ini daripada CD yang disediakan oleh kumpulan pembentang..


http://www.ecoustics.com/electronics/products/new/451794.gif
Antara contoh nota yang dihasilkan menggunakan Microsoft OneNote.. 
(sumber: encik Google)

Apapun, pembentangan pada hari ini memang sangat menarik...
 
 


...sharing is caring ^_^...

0 pengkritik:

Post a Comment