Assalamualaikum semua pembaca :)
Hari ini merupakan minggu ketiga pembelajaran, dan minggu ketiga saya dalam makmal komputer mempelajari subjek
Technology and Innovation in Teaching and Learning Chemistry.
Pada hari ini, kumpulan pertama telah membentangkan hasil tugasan mereka iaitu mengadakan sesi tutorial untuk menghasilkan blog.

Memandangkan sebelum ini saya telah mempunyai blog peribadi, jadi tidak sukar untuk saya menghasilkan blog yang sedang anda baca ini.
Walaubagaimanapun, fungsi dropdown menu yang ada di atas adalah pertama kali saya gunakan dalam blog.
Terdapat pelbagai soalan daripada rakan-rakan kepada ahli Kumpulan 1, jadi, pembentangan mereka terpaksa disambung pada minggu hadapan.
Pada pendapat saya, ahli Kumpulan 1 benar-benar penyabar melayan karenah rakan-rakan yang mempunyai pelbagai kemusykilan untuk menghasilkan blog.
Apapun, terima kasih kepada ahli Kumpulan 1 atas perkongsian anda semua...


0 pengkritik:
Post a Comment