Saturday, 2 March 2013

Refleksi Minggu 2




Assalamu'alaikum semua :)

Hari ini merupakan minggu kedua dalam kelas ini.
Pensyarah untuk subjek ini, Cik Asmayati bt Yahaya telah memberi dan menerangkan tugasan yang akan kami jalankan sepanjang semester ini..
Apa yang menariknya ialah, tiada final exam untuk subjek ini (yahooo... alhamdulillah),
yang menggetirkan pula ialah 6 tugasan a.k.a assignment yang diberikan semuanya mencabar belaka. 
Kami diminta menghasilkan:
  • e-portfolio (blog ini)
  • satu esei mengenai "School in the Cloud" 
  • online-forum
  • online learning resources
  • simulation/modelling 
  • learning resources

Mantapkan assignment kami? Mudah-mudahan semuanya akan berjalan lancar.

Selain itu, pada hari ini juga, Cik Asmayati telah menunjukkan contoh-contoh video yang dihasilkan oleh ramai pengguna internet dan telah dikongsi di Khan Academy. Agak menarik juga, kerana pelbagai video yang terdapat di Khan Academy dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Cuma, pada pendapat saya, untuk menggunakan video dari Khan Academy di dalam kelas, kemudahan komputer dan internet seharusnya dalam keadaan yang baik. Jika tidak, proses pengajaran dan pembelajaran akan mudah terganggu.


...sharing is caring ^_^...

0 pengkritik:

Post a Comment