Saturday, 2 March 2013

Refleksi Minggu I

Assalamu'alaikum...

Pada 23 Februari yang lalu merupakan hari pertama saya berkenalan dengan subjek Teknologi dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kimia. 
Hari pertama juga untuk saya:
  • Memulakan kuliah untuk Semester 1 Program Sarjana Pendidikan Kimia
  • Berkenalan dengan pensyarah subjek ini, Cik Asmayati binti Yahaya
  • Berkenalan dengan rakan-rakan sekuliah..
Dalam kelas pertama ini, saya dan rakan-rakan telah diberi pendedahan dengan banyak perkara. Antaranya ialah
  • Penggunaan Google Drive
    • Secara jujurnya, saya memang tidak pernah  mengetahui kebaikan Google Drive (tak ambil tahu sebenarnya).. Rupa-rupanya terlalu banyak kelebihan Google drive ini, di mana kita boleh simpan pelbagai dokumen.. (say no to pendrive.. habislah lingkup bisnes pendrive lepas ni) dan kita boleh kongsi semua dokumen tu dengan rakan-rakan kita. (Canggih kan...) Nasib baik saya memang ada Google Account, jadi lebih memudahkan saya untuk mencipta akaun untuk Google Drive ini..dan yang paling saya rasa kagum tentang google drive ni, dia dapat bantu kita untuk sediakan borang dengan mudahnya. Tak sangka betul (Teringat zaman degree dulu, terkial-kial saya nak siapkan survey guna Microsoft Word je.. ohh ketinggalan nya saya)
  • Penggunaan forum di MyGuru
    • Pada hari tersebut juga, Cik Asmayati telah meminta kami membentuk kumpulan , terdiri daripada 4 orang pelajar untuk setiap kumpulan. Setiap kumpulan diminta menyediakan isu untuk dibincangkan di dalam forum. Menurut Cik Asmayati, penglibatan di dalam forum turut akan diberikan markah dan masuk dalam assignment kami.


...sharing is caring ^_^...

0 pengkritik:

Post a Comment