Assalamu'alaikum semua pembaca..
Bertemu kembali setelah seminggu. 
Pada minggu ini, terdapat 2 pembentangan kumpulan lagi, 
iaitu pembentangan:
1. Prezi
2. Advanced Powerpoint
Perisian Prezi amat menarik, boleh digunakan untuk persembahan slide seperti powerpoint. 
Cuma, agak menyedihkan kerana perisian Prezi ini bukan perisian yang dapat dimuat turun secara percuma.
Untuk mendapatkan Prezi 'full version', pengguna perlu mendaftar dan membayar sejumlah wang.
Pada minggu ini, kami telah menggunakan Prezi 'trial version' yang akan luput setelah 30 hari. 
Namun begitu, saya amat puas hati kerana perisian Prezi ini amat menarik.

Untuk pembentangan Advanced Powerpoint, kumpulan saya bertindak sebagai pembentang. Diakui,masih banyak kekurangan kami dalam melaksanakan tugasan tadi. 
Memandangkan kami memilih untuk meneroka mengenai VBA dalam powerpoint, jadi kami terpaksa bermain dengan pelbagai coding.
Apapun, terima kasih kepada rakan-rakan pendengar yang sudi mendengar tutorial daripada kami.. 





Seuntai Kata..
0 pengkritik:
Post a Comment