Assalamu'alaikum semua pembaca...
Hari ini: 16 Mei..
16 Mei = Hari Guru...
Di kesempatan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia.
Selamat Hari Guru kepada semua pensyarah-pensyarah UPSI..
Selamat Hari Guru buat guru-guru yang pernah mendidik saya di sekolah..
Selamat Hari Guru buat rakan-rakan sejawat..
dan Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar 'guru' atas nama, mahupun 'guru' atas jasa...
Mungkin anda bukan seorang berjawatan 'guru', tetapi anda pernah menunjukcara atau mengajar rakan-rakan, anak-anak, adik-adik..
Ya.. anda juga seorang guru!
Selamat Hari Guru!
Sempena Hari Guru ini, saya ingin dedikasikan lagu ini kepada semua warga pendidik:
sepatah dua kata dari saya:
Mak cakap cikgu macam MAGGI,
Makanan rutin di waktu susah..
Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,
Garang dan menakutkan..
Atuk cakap cikgu macam ASTRO,
Macam-macam ada..
Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,
Kerana dirimu begitu berharga..
SELAMAT HARI GURU.
