Saturday, 30 March 2013

Refleksi Minggu 7

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua...

Pada minggu ke 7 ini, kami telah belajar menggunakan perisian 
i) Windows Movie Maker
ii) Microsoft OneNote

Penggunaan Windows Movie Maker bukanlah perkara asing bagi saya kerana saya telah biasa menggunakan perisian ini.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIOTzgstXKZ8DB9aLeRupVt63gs0HOSWC0X7Yt5o9iyDAQy-P3g8W78cvvXJ9Vg69xM50vbxYLjFyPm2H3UZbWHb5q0ITeXiOy6r0TFnrgtTlkRmLn5gEzHCnNq-I4trDg4kjxEP2EfC0/s1600/moviemaker00.jpg
Perisian ini dapat membantu pengguna menghasilkan video yang cantik sesuai dengan kreativiti pengguna tersebut.
Pelbagai gambar dan video sedia ada boleh digabung menggunakan Windows Movie Maker. 
Selain itu, pengguna juga boleh memasukkan perkataan-perkataan untuk ditambah ke dalam video.
http://education.kqed.org/edspace/files/2012/07/Windows-Movie-Maker.jpg 

Untuk perisian OneNote pula, sebenarnya, terdapat pelbagai kebaikan dalam penggunaan Microsoft OneNote, di mana, pengguna boleh menghasilkan nota dengan lebih rasa bebas.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYNJL2Mg7AQ3YOlZnv0Uey4sC-MZjAIm2Fc5QMMaMWKJzr_HnOpJEy9jGjbDZYnGxxLS0GDE_tlmU6x-SGHc3m2J7ZC_A85KG6ocFN01EKahenN8kABi9qyvqlpn5obi5xPSGvLqs6x64/s1600/Microsoft+OneNote.png
OneNote dapat membantu para guru menghasilkan nota yang menarik, seperti peta minda, peta konsep dan sebagainya.
Nota yang dihasilkan menggunakan Microsoft OneNote boleh disimpan dalam format pdf, dan dicetak untuk kegunaan.
Pada pendapat saya, penggunaan Microsoft OneNote ini memang sangat menarik kerana saya tidak pernah menggunakan perisian ini.
Akan tetapi, masalah yang saya hadapi semasa mempelajari perisian ini adalah laptop saya tidak mengandungi perisian OneNote, dan saya tidak dapat meng'install' perisian ini daripada CD yang disediakan oleh kumpulan pembentang..


http://www.ecoustics.com/electronics/products/new/451794.gif
Antara contoh nota yang dihasilkan menggunakan Microsoft OneNote.. 
(sumber: encik Google)

Apapun, pembentangan pada hari ini memang sangat menarik...
 
 


...sharing is caring ^_^...

Refleksi Minggu 6

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Hari ini merupakan minggu ke enam pengajian pada sem ini.
dalam kelas hari ini, terdapat 2 pembentangan kumpulan iaitu: 
i) Microsoft Publisher
ii) ChemSketch

Untuk pembentangan pertama, kumpulan 3 telah berkongsi cara menggunakan Microsoft Publisher untuk membuat pelbagai jenis design, sama ada pamplet, brochure, ataupun kalendar.
Perisian ini sangat menarik kerana dapat membantu memudahkan kerja terutamanya guru yang sering dipertanggungjawabkan untuk membuat buku program. 
Pelbagai template boleh dipilih dan dengan kreativiti sendiri, pastinya akan terhasil brochure ataupun pamplet yang cantik.
Berikut merupakan brochure yang saya hasilkan semasa dalam kelas pada hari ini.
Temanya ialah: Promote blog sendiri (Blog saya best!)


Untuk pembentangan kedua, kami telah belajar untuk menggunakan perisian Chemsketch..
Pada pendapat saya, ChemSketch sangat berguna kepada guru-guru Kimia kerana dapat membantu guru-guru melukis struktur pelbagai jenis sebatian, dapat membantu guru menyediakan lab manual dan pelbagai lagi.
Masa sebenarnya tidak mencukupi sekiranya ingin meneroka Chemsketch dengan lebih mendalam. Sedangkan, saya yakin, masih banyak fungsi Chemsketch yang boleh digunakan.
Antara kegunaan Chemsketch:
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhS9UpVI0YAGdmeclSZoY_o_HfXIYlFjdnSwfxq4bJiWJZJzHchR90161iWEwnc3jj-wuknQwJdhTJTfbKjZpiKTPuz_ZYgFEhhUNbdHYR39OZ67gsgjej2-ylMTPkvane5JNQUt_6I1qnP/s1600/chemsketch2.jpeg 
 Boleh melukis alat radas dengan mudah..

http://en.bio-soft.net/chemdraw/chemsketch.gif 
Mudah untuk melukis struktur elemen..


...sharing is caring ^_^...

Saturday, 23 March 2013

Refleksi Minggu 5

Assalamu'alaikum semua pembaca...
 
Pada minggu ini, kami belajar menggunakan Picasa.. 
Selama ini, saya cuma biasa gunakan PhotoScape untuk mengedit gambar, nampaknya sekarang, saya dah belajar perkara baru. 
Saya juga boleh gunakan Picasa untuk mengedit gambar.. 
Mudah, senang, dan cepat :) 
Cuma, pada pendapat saya, sekiranya Picasa ini dapat diajar dengan lebih mendalam, tentu akan lebih menarik.. Mungkin masa mencemburui untuk Kumpulan 2 mengajar kami mengedit gambar dengan lebih mendalam. 
 Di bawah merupakan gambar yang saya edit menggunakan Picasa...

 Terima kasih kepada ahli Kumpulan 2 yang telah memberi tutorial penggunaan Picasa..


...sharing is caring ^_^...

Saturday, 16 March 2013

Refleksi Minggu 4

Assalamu'alaikum semua pembaca...
Cap icon
Hari ni saya belajar blog lagi. Minggu lepas, ilmu blog tidak sempat diperturunkan sepenuhnya. Maka, minggu ini kami sambung belajar siapkan blog dengan menambah widget-widget untuk mencantikkan blog dan menambah fungsi blog. 
Hasilnya, dapatlah blog berwajah sekarang. Widget-widget yang terdapat di side bar itu adalah hasil daripada pelajaran hari ini. Terima kasih sekali lagi kepada group 1 kerana banyak bersabar melayan karenah kami...


...sharing is caring ^_^...

Saturday, 9 March 2013

Refleksi Minggu 3

Assalamualaikum semua pembaca :)

Hari ini merupakan minggu ketiga pembelajaran, dan minggu ketiga saya dalam makmal komputer mempelajari subjek 
Technology and Innovation in Teaching and Learning Chemistry.

Pada hari ini, kumpulan pertama telah membentangkan hasil tugasan mereka iaitu mengadakan sesi tutorial untuk menghasilkan blog.

Memandangkan sebelum ini saya telah mempunyai blog peribadi, jadi tidak sukar untuk saya menghasilkan blog yang sedang anda baca ini.

Walaubagaimanapun, fungsi dropdown menu yang ada di atas adalah pertama kali saya gunakan dalam blog. 
Terdapat pelbagai soalan daripada rakan-rakan kepada ahli Kumpulan 1, jadi, pembentangan mereka terpaksa disambung pada minggu hadapan.

Pada pendapat saya, ahli Kumpulan 1 benar-benar penyabar melayan karenah rakan-rakan yang mempunyai pelbagai kemusykilan untuk menghasilkan blog. 

Apapun, terima kasih kepada ahli Kumpulan 1 atas perkongsian anda semua...


...sharing is caring ^_^...

Saturday, 2 March 2013

Refleksi Minggu 2




Assalamu'alaikum semua :)

Hari ini merupakan minggu kedua dalam kelas ini.
Pensyarah untuk subjek ini, Cik Asmayati bt Yahaya telah memberi dan menerangkan tugasan yang akan kami jalankan sepanjang semester ini..
Apa yang menariknya ialah, tiada final exam untuk subjek ini (yahooo... alhamdulillah),
yang menggetirkan pula ialah 6 tugasan a.k.a assignment yang diberikan semuanya mencabar belaka. 
Kami diminta menghasilkan:
  • e-portfolio (blog ini)
  • satu esei mengenai "School in the Cloud" 
  • online-forum
  • online learning resources
  • simulation/modelling 
  • learning resources

Mantapkan assignment kami? Mudah-mudahan semuanya akan berjalan lancar.

Selain itu, pada hari ini juga, Cik Asmayati telah menunjukkan contoh-contoh video yang dihasilkan oleh ramai pengguna internet dan telah dikongsi di Khan Academy. Agak menarik juga, kerana pelbagai video yang terdapat di Khan Academy dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Cuma, pada pendapat saya, untuk menggunakan video dari Khan Academy di dalam kelas, kemudahan komputer dan internet seharusnya dalam keadaan yang baik. Jika tidak, proses pengajaran dan pembelajaran akan mudah terganggu.


...sharing is caring ^_^...

Refleksi Minggu I

Assalamu'alaikum...

Pada 23 Februari yang lalu merupakan hari pertama saya berkenalan dengan subjek Teknologi dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kimia. 
Hari pertama juga untuk saya:
  • Memulakan kuliah untuk Semester 1 Program Sarjana Pendidikan Kimia
  • Berkenalan dengan pensyarah subjek ini, Cik Asmayati binti Yahaya
  • Berkenalan dengan rakan-rakan sekuliah..
Dalam kelas pertama ini, saya dan rakan-rakan telah diberi pendedahan dengan banyak perkara. Antaranya ialah
  • Penggunaan Google Drive
    • Secara jujurnya, saya memang tidak pernah  mengetahui kebaikan Google Drive (tak ambil tahu sebenarnya).. Rupa-rupanya terlalu banyak kelebihan Google drive ini, di mana kita boleh simpan pelbagai dokumen.. (say no to pendrive.. habislah lingkup bisnes pendrive lepas ni) dan kita boleh kongsi semua dokumen tu dengan rakan-rakan kita. (Canggih kan...) Nasib baik saya memang ada Google Account, jadi lebih memudahkan saya untuk mencipta akaun untuk Google Drive ini..dan yang paling saya rasa kagum tentang google drive ni, dia dapat bantu kita untuk sediakan borang dengan mudahnya. Tak sangka betul (Teringat zaman degree dulu, terkial-kial saya nak siapkan survey guna Microsoft Word je.. ohh ketinggalan nya saya)
  • Penggunaan forum di MyGuru
    • Pada hari tersebut juga, Cik Asmayati telah meminta kami membentuk kumpulan , terdiri daripada 4 orang pelajar untuk setiap kumpulan. Setiap kumpulan diminta menyediakan isu untuk dibincangkan di dalam forum. Menurut Cik Asmayati, penglibatan di dalam forum turut akan diberikan markah dan masuk dalam assignment kami.


...sharing is caring ^_^...

CaKKK!

Assalamu'alaikum...

Cakkk! 

Ini post pertama saya sebagai student kelas Teknologi dan Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran Kimia UPSI.
Post pertama juga selaku pelajar master di sini... alhamdulillah.
Terima kasih kepada semua yang sudi melawat blog saya :)


...sharing is caring ^_^...